Mengapa kerjaya sebagai pramugari memang best gila..
#1 Dapat melancong ke merata dunia.
Dapat melancong ke merata dunia. “Wow, bulan depan I akan ke Paris dua kali tau?” What? OMG, bestnya. Yes, memang best. Jangan kan Paris, London, Milan, New York dan banyak tempat lagi lah. Kalau nak pergi sendiri memang tak mampulah kan. Syukur sangat-sangat dapat jadi pramugari.
# 2 Memang banyak cuti.
“I macam nak rehat sikit lah bulan ni sebab bulan lepas memang I busy flying.” Kalau nak tahu, pramugari boleh tukar roster tau dengan kawan-kawan. Jangan kata tukar, nak mintak off day kawan-kawan pun boleh lepas tu kita bagi dia flight kita. So, dapat lah kita rehat sikit. Best, kan.
# 3 Pakaian seragam yang memang elegan
Tiap-tiap hari pergi kerja kena pakai uniform sahaja. Tak payah beli baju office nak pergi kerja. So, boleh jimat duit untuk beli benda lain. Yang bestnya tak payah nak fikir apa nak pakai pergi kerja. Oh, and uniform I memang vogue.
# 4 Kehidupan sebagai pramugari
Kehidupan sebagai seorang pramugari memang best. Crew ni memang memahami diantara satu sama lain. Yang memang betul-betul memahami kerjaya sebagai pramugari ini adalah mereka yang memang kerja sebagai pramugari atau pernah bekerja sebagai pramugari. Nak bersiap untuk pergi bekerja jam 2 pagi tu memang dah biasa. Balik kerja pukul 3 pagi tu memang dah biasa.
# 5 Faedah-faedah yang crew dapat
Orang lain kalau nak beli tiket dari KL ke London mungkin kena bayar beribu-ribu. Tapi sebab pramugari bekerja dengan syarikat penerbangan, mereka akan mendapat diskaun sehingga 90%. What? 90%? Betul, uols..90%. Setahun sekali mereka akan dapat tiket penerbangan percuma ke mana sahaja di dunia. Ada airline yang akan bagi tiket free lagi kepada ahli-ahli keluarga terdekat mereka ni. Best kan? Boleh pergi holiday sama-sama.
# 6 No homework
Kawan-kawan I selalu merungut. Lepas kerja kena stay back sekejap (atau lama) bergantung kepada kerja yang tak siap lagi. Lepas tu ada yang terpaksa bawa kerja balik rumah. Eh, apa ni? Cukup lah kerja dekat ofis je kan. Kalau kerja sebagai pramugari confirm no homework. Masa kerja, kerja. Dah habis kerja nanti balik rumah je. Terus nak pergi party? Boleh je. Jom. I memang off pun esok. Tapi esok kan baru hari Rabu? Memang lah tapi esok I off. Best tak?
# 7 Gaji dan elaun memang meletup
Selain daripada dapat berjalan-jalan melihat negara orang, gaji dan elaun juga memang satu daripada sebab mengapa kerjaya sebagai pramugari ini memang best gila. Ye lah, apa tidak nya. Dah sampai negara orang pun gaji jalan. Masa layover dekat negara orang dua tiga hari pun gaji masih jalan. Pendek kata dibayar untuk berjalan-jalan lah. Susah nak percaya tapi itulah hakikatnya. Ada tu, umur baru 19 tahun gaji dah 10k. Kalau pandai menyimpan duit, umur 30 nanti dah habis bayar dua biji rumah.
Ok, nak tau tak macam mana nak jadi pramugari sebenarnya? Ramai di luar sana yang sememangnya inginkan kerjaya ini. Ada tu dah lebih 20 kali pergi interview tapi tak dapat-dapat juga kerja ini. Macam mana nak dapatkan kerja ini sebenarnya? Apa yang airline nak dari seorang pramugari? Perlu ke kelihatan persis supermodel baru boleh jadi pramugari?
Sebenarnya, tak ada lah susah mana pun. Kerjaya ini tidak memerlukan anda kelihatan seperti supermodel. Kalau anda kelihatan seperti supermodel lebih baik jadi supermodel je kan? Anda hanya perlukan persiapan yang rapi sebelum menghadiri sebarang temuduga sebagai pramugari. Dari hujung kaki sehingga lah ke hujung rambut. Dari segi dalaman dan juga luaran. Kalau dah bersedia baru lah hadiri temuduga. Kalau dah betul-betul bersedia confirm dapat.
Tetapi persiapan apa yang dimaksud kan ye? Nak tau? Ok, Kalau anda nak tau persiapan yang macam mana anda boleh lah membeli ebook kami yang bertajuk "Bestnya jadi Pramugari..Nak Jugalah" .. haaa..tak mahal pun cuma RM35 sahaja. Anggap lah ini sebagai pengorbanan dan pelaburan anda ke arah mencapai cita-cita anda untuk terbang di awan biru.
Penulis adalah seorang bekas cabin crew yang telah lebih 14 tahun terbang di awan biru dengan airlines di dalam dan juga di luar negara. Bukan, itu sahaja, beliau juga adalah adalah seorang trainer yang terlatih dari sebuah syarikat penerbangan tempatan. Oleh sebab itu, beliau memang tahu segala selok belok persiapan untuk menjadi seorang cabin crew. Sekarang ini pun beliau masih sangat aktif melatih anak-anak muda yang ingin menjadi pramugara dan pramugari. So, memang tak rugi kalau beli. Memang berbaloi. Tunggu apa lagi, beli lah satu..